Latest Posts »
Latest Comments »
Most Commented »

Aku, Si Jalur Gemilang

Written by Amutha on August 21, 2008 – 11:05 pm

Namaku Jalur Gemilang, namaku yang baru sebenarnya. Sebelum ini aku  hanya dipanggil sebagai bendera Malaysia. Mujurlah Tun Dr Mahathir berikanku nama ini beberapa tahun yang lepas. Sungguh seronok dipanggil dengan nama baru. Ceritaku agak istimewa juga. Berbeza sungguh daripada rakan-rakanku. Mestilah istimewa. Negara mana yang beri layanan sebegini kepada bendera mereka untuk sebulan lamanya. Bermula dari 15 Ogos hingga 16 Sept setiap tahun, aku diraikan di seluruh pelosok negara. Wah, saudara/i tak pernah tengok aku ke? Aku berkibar di atas hampir semua teksi (sesetengah kenderaan persendirian) di Malaysia. Tak ingat ke? Tak bukan teksi, apa kata saudara/i pergi ke pusat membeli-belah? Pasti ‘potraitku’ ada di situ. Aku juga menghiasi blog orang :P. Ada juga yang buat ‘rangoli kolam’ bertemakan aku. Ada yang pecahkan berbagai-bagai rekod Malaysia dengan menggunakan namaku. Macam-macam la. Ikut kreativiti rakyat Malaysia yang kearifan mereka tidak boleh disangkal lagi. Aku juga diberikan percuma kepada rakyat oleh Perdana Menteri. Wah, bukan main hebat kan? Glamor sungguh hidupku ini.

 

 

Tetapi lepas 16 Sept, tamatlah sudah zaman kegemilanganku selama sebulan. Pendeknya hidup mewahku selama 30 hari. Kasihan la aku. Kadang kala aku tercabut dari kenderaan yang meluncur laju di lebuhraya. Terbang dibawa angin masuk parit, loji najis pun ada. Tapi ada juga yang lebih menyakitkan hati. Mulut yang manis memuji aku dalam sebulan ini mengutuk pula diriku untuk 11 bulan yang selanjutnya. Inilah yang aku paling tidak faham dan paling aku benci. Aku tidak pernah diminta untuk disayangi sebegini rupa. Tetapi, bukan main hebat lagi layanan mereka ini. Pada masa yang sama, aku tidak relakan diriku dicaci. Sekali lagi, niatku itu tidak juga dirahmati.

Memang aku tidak faham-faham kerenah manusia ini.

 

Originally published in tulipspeaks.


Posted in Social |

2 Comments to “Aku, Si Jalur Gemilang”

  1. chris Says:

    wahai jiwa dan raga ku sang jalur gemilang. aku faham perasaaan mu yang terguris, bukan salah mu yang kau tidak di endah tahun ini, semuanya gara gara pemerintah negara dan politik negara dibawah naunganmu sudah tidak releven. rakyat memohon maaf kerana mu tidak di beri kepentingan tetapi itu tidak bermakna dirimu tidak penting. seluruh rakyat malaysia sedang bergelut untuk memastikan kau di kibarkan dengan bangganya dihadapan seluruh dunia. harap bersabar supaya dirimu di sanjung tinggi, jika tidak negara asing akan pandang negara kita sebagai sampah kerana pimpinan yang tidak releven dan berunsur jenayah kini.

    kamu masih diperlukan jalur gemilang….

    [Reply]

  2. tzarina Says:

    Memang aku tidak faham-faham kerenah manusia ini.

    Terutama karenah manusia yang menggelarkan diri mereka pemimpin dan panji tanah air tercinta. Manusia ini menyaluti tubuh mereka dengan diriku, malangnya memperkosa setiap prinsip yang aku wakili, yang pernah aku pertahankan dengan bangganya!

    Semuanya telah lesap.

    Sesungguhnya aku bukannya sehelai kain, tetapi bernalurikan insan sejati, sudah lama aku malu dan menundukkan kepalaku melihat karenah manusia yang penuh hipokrit, mempergunakan namaku untuk menyempurnakan agenda tersendiri. Akan aku melutut, dan menyusun jari-jariku, memohon ampun kepada anak bangsaku. Sayangnya, walaupun aku berjiwa rakyat, hakikatnya aku cuma sehelai kain. Maafkan aku kerana aku tiada kuasa selain berkibar mengikut arah angin yang kian berbau sengit di tanah tumpah airMu…

    [Reply]

Leave a Comment