Letter Against Sekolah SMK Telok Panglima Garang, Racist Teacher.
Written by spk5447 on August 28, 2008 – 10:05 pmMenteri Pelajaran YB Dato’ Seri
Hishammuddin Tun Hussein
Pejabat Menteri Pelajaran,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 10, Blok E8,
Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
Pejabat Timbalan Menteri Pelajaran,
Y.B. IR. DR. WEE KA SIONG
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 9, Blok E8,
Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
Yang Berhormat Dato Seri / Yang Berhormat Dr,
ADUAN TERHADAP GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK PANGLIMA GARANG, KUALA LANGAT SELANGOR YANG KURANG AJAR.
i) Orang India datang / lahir dari anjing
ii) Kaum India Bodoh dan kearah gangesterism serta kecurian
ii) Kanak – kanak India adalah anak pelacur
iv) Pemuda India tiada telur
Saya cukup musykil apakah guru tersebut mengalami masalah mental atau sakit jiwa. Tiada seorang pun manusia waras akan berkelakuan sebegitu rupa. Apakah guru tersebut tidak sedar bahawa kita bermaustatin di sebuah Negara majmuk dangan pelbagai kaum, agama dan bangsa. Tidakan guru tersebut dapat memberi perspeksi negative terhadap guru – guru sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Negeri sekaligus seluruh Kementerian Pelajaran termasuk Menteri dan Timbalan Menterinya.
Untuk makluman Yang Berhormat Dato Seri / Yang Berhormat Dr lagi, kami sebagai pemimpin masyarakat tempatan dan juga ahli dari sebuah parti komponen BN terpakasa menjawab kepada masyarakat di peringkat akar umbi. Sudah pasti sesiapa pun yang akan berasa terkilan dengan kata – kata kesat yang telah dikeluarkan oleh seorang guru yang menghadapi masalah mental.
Oleh yang demikian, berasaskan, rungutan dan aduan serta ketidak puasan masyarakat India, satu tindakan drastik perlu diambil terhadap guru tersebut. Kewajaran tindakan bukan harus menjurus atau berdasar kepada kaum India sahaja malahan kepada seluruh warga Negara ini yang hidup aman diantara satu sama lain. Apalah ertinya berbangga dan bermegah dengan usaha mencapai Wawasan 2020 apabila terdapat duri dalam daging di kalangan kita yang ingin menghancurkan keamanan dan kemakmuran Negara. Kursus – kursus, iklan, seminar ‘BUDI BAHASA, BUDAYA KITA’ yang dijalankan oleh Kerajaan perlu diterapkan kepada bukan sahaja kepada guru – guru baru malahan kepada mereka yang sudah berkhidmat untuk sesuatu masa.
Semoga pihak Yang Berhormat Dato Seri / Yang Berhormat Dr, akan mengambil tindakan yang menjurus kearah mengembalikan kepercayan rakyat terhadap Kementerian Pelajaran dan Kerajaan.Sekian. Terima Kasih
Yang Benar,
Signed
s.k
Y. Bhg Huan Cheng Guan ( By Hand )
Pengerusi BN Batu Kawan
Merangkap Setiausaha Eksekuitif BNBBC
YB. T Murugiah
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( By Hand )
Pengetua & Pengerusi PIBG
Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang
Posted in Announcement, Education, Social | 1 Comment »

September 2nd, 2008 at 12:14 am
Truly appreciate the effort taken by the sender of the letter.However,lets see what is Hisham is going to response to this letter.Maybe the teacher might be transfered to a better school this time eg.MRSM
Reply