Posts Tagged ‘Merdeka’
Aku, Si Jalur Gemilang
Written by Amutha on August 21, 2008 – 11:05 pmNamaku Jalur Gemilang, namaku yang baru sebenarnya. Sebelum ini aku hanya dipanggil sebagai bendera Malaysia. Mujurlah Tun Dr Mahathir berikanku nama ini beberapa tahun yang lepas. Sungguh seronok dipanggil dengan nama baru. Ceritaku agak istimewa juga. Berbeza sungguh daripada rakan-rakanku. Mestilah istimewa. Negara mana yang beri layanan sebegini kepada bendera mereka untuk sebulan lamanya. Bermula dari 15 Ogos hingga 16 Sept setiap tahun, aku diraikan di seluruh pelosok negara. Wah, saudara/i tak pernah tengok aku ke? Aku berkibar di atas hampir semua teksi (sesetengah kenderaan persendirian) di Malaysia. Tak ingat ke? Tak bukan teksi, apa kata saudara/i pergi ke pusat membeli-belah? Pasti ‘potraitku’ ada di situ. Aku juga menghiasi blog orang :P. Ada juga yang buat ‘rangoli kolam’ bertemakan aku. Ada yang pecahkan berbagai-bagai rekod Malaysia dengan menggunakan namaku. Macam-macam la. Ikut kreativiti rakyat Malaysia yang kearifan mereka tidak boleh disangkal lagi. Aku juga diberikan percuma kepada rakyat oleh Perdana Menteri. Wah, bukan main hebat kan? Glamor sungguh hidupku ini.

Tetapi lepas 16 Sept, tamatlah sudah zaman kegemilanganku selama sebulan. Pendeknya hidup mewahku selama 30 hari. Kasihan la aku. Kadang kala aku tercabut dari kenderaan yang meluncur laju di lebuhraya. Terbang dibawa angin masuk parit, loji najis pun ada. Tapi ada juga yang lebih menyakitkan hati. Mulut yang manis memuji aku dalam sebulan ini mengutuk pula diriku untuk 11 bulan yang selanjutnya. Inilah yang aku paling tidak faham dan paling aku benci. Aku tidak pernah diminta untuk disayangi sebegini rupa. Tetapi, bukan main hebat lagi layanan mereka ini. Pada masa yang sama, aku tidak relakan diriku dicaci. Sekali lagi, niatku itu tidak juga dirahmati.
Memang aku tidak faham-faham kerenah manusia ini.
Originally published in tulipspeaks.
Tags: Merdeka
Posted in Social | 2 Comments »
